Saturday, October 5, 2013

"PERSONALITI MELAMBANGKAN KERJAYA"

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog yang serba usang ni. Almaklumlah saya kan student Matriks. Urghhh, boring lah bagi alasan cliche macam ni.Tapi betullah, student Matriks kan sentasa busy.  Busy? Hmm busylah jugak. Final makin dekat. Tapi jangan risau, makan still kenyang, mandi still basah. Tidur, confirm nyenyak! Hikshikshiks

Actually life aku dekat matriks penuh dengan ranjau serta onak dan duri. Setiap hari macam-macam halangan yang aku terpaksa tempuh. Tak percaya? Hmm kau kena masuk Matriks dulu baru kau tau. Betapa tingginya langit dengan bumi ni.Ceh, ayat nak gramatis je kan. Ada potensi jadi cikgu bm tak??

Okay, stop mengarut kay. Stop! Eh stoplah Kyrah. Kita serious sikit malam ni. Serious kay, serious. Hmm well pernah tak anda semua, ya anda rasa anda tak sure dengan cita-cita korang? Ataupun dengan kata korang tak ada cita-cita nak kerja jadi apa. That's what i feel right now. Dulu aku nak jadi peguam. Aku selalu kata i was born to be a lawyer. Tapi tu semua poyo belaka. Bila aku tak dapat tawaran upu and terpaksa masuk matriks, aku cuba tanamkan azam untuk jadi 'Orang Science'. Bayangkan, aku dahlah menyampah gila subject science pastu kena pulak belajar science kat matriks ni. Saya ni student scince hayat ya. Kononnya bolehlah jadi doctor. Ceh, bayangkan ada title Dr depan nama aku. Kelass kau jemah!

Tapi kan result aku exam memang totally tak menunjukkan aku ni minat dengan subject science, especially dua subject penting tu (Biology dan Chemistry). Mathematics dengan Science Computer tu, InsyaAllah buat masa ni masih boleh jadi makanan aku. Hahahaha. Then barulah terfikir, maybe aku tak sesuai jadi doktor kot. So tukarlah cita-cita nak jadi Cikgu. Subjek pilihan? Mathematics sebab result Mathematics saya awesome.

Ada gaya cikgu tak? Tapi kalau nak jadi cikgu MRSM
kena lagi hot!!!
Lebih menguatkan semangat aku nak jadi cikgu bila ramai yang cakap aku ni ada muka cikgu. Aku pun tak sure muka cikgu macam mana. Tapi rasanya tak semua cikgu ada muka macam aku. Kan?!!

Tapi lepas beberapa minggu aku beriltizam nak jadi cikgu, tiba-tiba adalah pulak sorang lecturer ni cakap kalau kita nak jadi doctor ke, cikgu ke, apa-apa je lah kita kena ada personaliti kerjaya yang kita pilih tu. Andai kata Jemah bercita cita nak jadi doktor tapi hobi dia ialah tidur pada masa lapang. Memang masaklah siapa jadi pesakit dia tu. Sebab sepatutnya doktor ni kena rajin, rajin dan rajin. Seorang doktor memang kena rajin dari zaman belajar sampailah kerja. Belajar nak kena rajin, kalau tak rajin baca buku macam mana kau nak hafal production of insulin, process oogenesis, etc etc. Dah kerja pun kena rajin. Kalau asyik nak tidur je, alamatnya kau jalanlah sekali dengan pesakit kau tu.

Dan ini menyebabkan aku berfikir, dengan personaliti aku ni, aku sesuai jadi apa. Doktor? Macam tak sesuai je. Cikgu? Hmm boleh dipertimbangkan. Peguam? Sesuai kot tapi macam takde sokongan pulak. Akhirnya aku pun menemui jalan buntu. Cehhh!!! hahaha. Tapi yang paling membimbangkan ialah aku pun tak tau personaliti aku ni macam mana. Yang aku tau aku suka gelak, buat lawak tak berapa nak jadi, merepek, makan kerepek, duduk menempek dan makan tempek. Tempek? Temper adalah kan. Hehehe 

So, nampak tak kesimpulannya? Kesimpulannya, aku tak tau nak jadi apa selagi aku tak figure out personaliti aku sendiri. Manalah tau sebenarnya aku ni ada potensi untuk jadi ustazah ke. Sejuk sikit perut mak aku kan. Okaylah, penat berfikir secara serious. Rasa macam dah lama tak serious macam ni since tak join debat. So, see you next time. TATA